KUNANG-KUNANG
- Kawasan di sepanjang Sungai Yak Yah dan Sungai Ibok merupakan habitat kunang-kunang terbesar di Malaysia - Pelurusan sungai ‘floodway’ sepanjang 8.7 km melalui Projek Lembangan Bersepadu Sungai Kemaman oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah dijalankan di sungai ini memberi kesan kepada habitat kunang-kunang di sepanjang Sungai ini. - Kajian pemuliharaan bukan fizikal yang meliputi pengumpulan data koloni kunang-kunang sebelum dan selepas pembinaan dilaksanakan. - Mengkaji faktor-faktor penurunan populasi kunang-kunang di Sungai Yak Yah. - Kajian sumber habitat semulajadi dan makanan dalam kitaran hidup kunang-kunang. - Mengkaji faktor persekitaran tapak seperti kajian hidrologi, kajian tanah, kajian vegetasi semulajadi, kajian alam sekitar dan ancaman yang mempengaruhi kitaran hidup kunang-kunang. - Penanaman semula spesies pokok tempatan bagi memperkaya habitat semulajadi setempat agar populasi kunang-kunang mampu ditingkatkan.
TERENGGANU
Majlis Perbandaran Kemaman
Kemaman
( 4.299538752699787, 103.38333252953063 ) Pautan Google Map