Pulau Bidan
Pulau Bidan ialah sebuah pulau yang terletak di perairan Selat Melaka dalam Daerah Yan, Kedah. Pulau ini merupakan sebahagian daripada kawasan Warisan Jerai Geopark yang terkenal dengan kekayaan nilai geologi, biologi dan budaya. Pulau ini juga terkenal dengan kisah Tok Keramat, iaitu seorang tokoh ulama yang dikenali sebagai Syeikh Abdur Rasyid al-Fathani. Beliau dikatakan meninggal dunia dan dikebumikan di Pulau Bidan.
KEDAH
Majlis Daerah Yan
Selat Melaka, Yan
( 100.289027, 5.744467 )