Jabatan Landskap Negara (JLN) telah membangunkan sistem pengurusan maklumat landskap iaitu eLANDSKAP secara berfasa bermula tahun 2011 sebagai portal data untuk Senarai Taman Awam dan Naiktaraf, Senarai Penyelenggaraan Landskap, Pemetaan Taman termasuk Cerapan Inventori Landskap, Pelan Induk Landskap dan lain-lain. Seiring dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa, sistem eLANDSKAP telah diperluaskan menjadi platform pusat rujukan maklumat dan data landskap termasuk penggiat industri landskap seluruh negara yang komprehensif serta mudah capai secara dalam talian (web based).
Melalui eLANDSKAP sebagai Pusat Data Negara, ianya menjadi rujukan dan panduan utama kepada usaha untuk menjadikan sektor landskap ini lebih maju seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Ianya merupakan satu usaha mendigitalkan maklumat dengan capaian yang lebih mudah kepada pengguna.
Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Landskap Negara
Aras 8, Blok F10,
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
E-mel: elandskap@jln.gov.my