Air Terjun Seri Perigi
Air Terjun Seri Perigi mengalir dari Gunung Jerai dan merupakan salah satu air terjun tertinggi di Kedah. Nama kawasan ini dikaitkan dengan kewujudan perigi-perigi lama yang suatu ketika dahulu menjadi sumber kehidupan masyarakat setempat. Air terjun ini telah lama menjadi tumpuan rekreasi dan tarikan pelancongan, menawarkan suasana alam semulajadi yang segar dengan panorama sawah padi di kaki gunung.
KEDAH
Majlis Daerah Yan
Seri Perigi, Yan
( 100.407368, 5.809706 )