Catopia Taman Kucing Shah Alam
Catopia Taman Kucing Shah Alam dibina pada tahun 2024 di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 Shah Alam yang berkeluasan 300 meter persegi dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam. Taman Kucing Shah Alam mengutamakan rekreasi bagi pemilik kucing dan kucing peliharaan berinteraksi dengan keindahan alam. Taman ini juga salah satu pendekatan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab untuk menyayangi haiwan peliharaan.
SELANGOR
Majlis Bandaraya Shah Alam
Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14
( 3.074529, 101.521967 )