• logo-rasmi

    Jabatan Landskap Negara

    Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

    +603-8091 0500 | +603-8091 0669 | kpjln@jln.gov.my

LATAR BELAKANG SISTEM eLANDSKAP

Sistem Pengurusan Maklumat Landskap (eLANDSKAP) yang dibangunkan akan dijadikan sebagai satu sistem pengurusan maklumat landskap yang komprehensif dan mudah dicapai untuk panduan serta rujukan semua pengguna. Ianya akan merupakan satu sistem bersepadu berkenaan pengurusan maklumat landskap secara web based, yang merangkumi kesemua modul perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap di seluruh negara. 

Sistem ini diharapkan dapat membantu di dalam memantau dan menyelaras pembangunan projek-projek landskap yang telah, sedang serta yang akan dilaksanakan di seluruh negara bagi memenuhi keperluan serta kehendak pengguna, di samping mematuhi polisi-polisi pelandskapan yang telah ditetapkan melalui satu sistem pengurusan pembangunan projek yang efektif. 

Juga sebagai pemudah cara bagi pihak jabatan dan kementerian amnya di dalam membuat penilaian, analisis, unjuran serta kajian mengenai pelbagai aspek pelandskapan di seluruh negara; dan menyediakan satu saluran interaktif kepada pengguna atau pelanggan untuk mengemukakan sebarang maklum balas mengenai sistem penyampaian perkhidmatan.