• logo-rasmi

    Jabatan Landskap Negara

    Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

    +603-8091 0500 | +603-8091 0669 | kpjln@jln.gov.my

ePERMOHONAN - SENARAI JENIS PERMOHONAN


    * Klik pada jenis permohonan dibawah untuk maklumat lanjut

    Pembangunan Taman Awam

    Program Pembangunan Taman Awam merupakan program utama Jabatan Landskap Negara, Visi Negara Taman Terindah 2020 menggerakkan JLN untuk berusaha membangunkan taman awam di seluruh negara.
    Berteraskan piawaian dua (2) hektar kawasan lapang bagi 1.000 penduduk bandar.

    KRITERIA UMUM PENILAIAN DAN PEMILIHAN TAPAK
    Bil Kriteria Keterangan Terperinci
    1 Taman Bandaran Saiz Keluasan tapak di antara 40 - 100 hektar (100 - 250 ekar)
    Jarak Berada dalam lingkungan kawasan yang mudah dikunjungi dalam jangka masa kira-kira setengah jam perjalanan dengan kenderaan atau dengan jarak antara 5-10 km (3-6 batu) radius dari bandar
    Populasi Tapak boleh menawarkan keperluan aktiviti rekreasi kepada penduduk di sesebuah bandaraya, bandar dan daerah sekitar yang mempunyai kependudukan sekitar 50,000 orang ke atas
    Tiada Pertindihan Tapak cadangan perlu mempunyai akses kemudahsampaian dengan jalan utama dan capaian bekalan air dan elektrik
    2 Taman Tempatan Saiz Keluasan tapak antara 8 - 40 hektar (20-100 ekar)
    Jarak Berada dalam lingkungan kawasan yang mudah dikunjungi oleh komuniti sekitar kawasan dengan menggunakan pengangkutan awam atau persendirian, atau berjalan kaki atau dalam jarak antara 3 km radius dari bandar
    Populasi Mampu menampung beberapa unit komuniti kejiranan berhampiran yang mempunyai penduduk melebihi 12,000 hingga 50,000 penduduk
    Aksesibaliti Tapak cadangan perlu mempunyai akses kemudahsampaian dengan jalan utama dan capaian bekalan air dan elektrik

    Pembangunan Taman Persekutuan

    Taman Persekutuan adalah sebuah taman yang dimiliki dan ditadbir urus oleh kerajaan persekutuan sebagai satu kawasan rekreasi awam berskala besar (100 ha) dan mengutamakan pengekalan sumber semula jadi untuk rekreasi.

    KRITERIA SPESIFIK PENILAIAN DAN PEMILIHAN TAMAN PERSEKUTUAN
    Bil Kriteria Keterangan
    1 Saiz Keluasan melebihi 100 hektar (250 ekar).
    2 Hak Milik i) Sebuah kawasan tanah milik kerajaan yang telah diwarta / dirizabkan sebagai Kawasan Lapang / Kawasan hijau / Taman Awam / Taman Wilayah / Taman Persekutuan.
    ii) Sekiranya tanah adalah milik Kerajaan Negeri, tanah sedia diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan atas dasar pemilikan tanah secara serahan kekal atau secara pajakan atau berdasarkan terma dan syarat-syarat tertentu oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), untuk tujuan pembangunan dan pengurusan Taman Persekutuan dengan tempoh pajakan yang optima
    3 Kaedah Pelaksanakan Pembangunan akan dirancang, dibangun dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Landskap Negara
    4 Karakter/Keunikan Merupakan kawasan yang mempunyai karakter dan keunikan tersendiri termasuk elemen-elemen semulajadi seperti air terjun, tasik, sungai, pantai serta keadaan hutan dan topografi yang menjadi tarikan pengunjung, pelancong serta agensi-agensi penyelidikan.

    Program Naik Taraf Taman Awam

    Menyalurkan peruntukkan bagi meningkatkan kualiti taman awam dan menambahkan bilangan serta fungsi kemudahan rekreasi taman di bawah pengurusan PBT. Program ini memberi keutamaan kepada taman-taman kejiranan sedia ada dan taman awam yang bersaiz 5 ekar sehingga 20 ekar. Skop kerja utama bagi program adalah penyelenggaraan landskap lembut dan landskap kejur yang melibatkan pemangkasan, penggantian, penjarangan penanaman semula pokok, pengubahsuaian rekabentuk, penambahan komponen mengikut keperluan, keselesaan dan keselamatan untuk semua.

    KRITERIA SPESIFIK PENILAIAN DAN PEMILIHAN NAIK TARAF TAMAN AWAM
    Bil Kriteria Keterangan
    1 Saiz Kawasan lapang atau taman awam sedia ada di bawah hirarki Taman Kejiranan yang berkeluasan Kawasan lapang atau taman awam sedia ada yang berkeluasan 3 ekar.
    2 Pewartaan Tapak masih kekal diwarta atau dirizab sebagai kawasan lapang.
    3 Keutamaan Keutamaan kepada taman kejiranan / taman komuniti dan kawasan taman permainan kanak-kanak sedia ada yang berada dalam kawasan perumahan / kediaman di bawah pentadbiran dan pengurusan PBT.
    Taman awam atau taman kejiranan sedia ada yang mempunyai daya tampungan yang tinggi dengan kemudahan yang telah lama, rosak dan tidak selamat untuk digunakan
    Naik taraf taman awam yang dibangunkan oleh JLN boleh dipertimbangkan jika telah siap melebihi tempoh 5 tahun.
    4 Kemudahsampaian Mempunyai lingkungan jarak berjalan kaki sejauh 1.5km daripada kawasan kediaman penduduk

    Pelan Induk Landskap (PIL)

    Kajian Pelan Induk Landskap (PIL) merupakan satu dokumen pernyataan bertulis yang mengandungi perancangan landskap dan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun bagi pembangunan landskap di sesebuah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia menggariskan cadangan dalam bentuk polisi, strategi, kaedah kawalan, garis panduan pelaksanaan dan cadangan projek landskap yang sesuai untuk pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

    KRITERIA SPESIFIK PENILAIAN DAN PEMILIHAN PELAN INDUK LANDSKAP
    Bil Kriteria Keterangan
    1 Keutamaan Keseluruhan kawasan kawalan / operasi / pentadbiran PBT / Pentadbir Kawasan (contoh:- Residen Limbang+MDL; MDHT+Ketengah) dan sekitar kawasan pentadbirannya termasuk pulau-pulau yang berkaitan
    2 Dokumen Perancangan Telah mempunyai dokumen perancangan sama ada di peringkat negeri, daerah dan tempatan.
    3 Pelan Persempadanan PBT / Pentadbir kawasan mempunyai pelan persempadanan yang merangkumi pelbagai peringkat (Jajahan, Mukim dan berkaitan) Mempunyai Pelan dan Maklumat Guna Tanah.
    4 Potensi Landskap Sumber Landskap, Nilai Konservasi, Potensi Pelancongan Utama, Karakter Landskap yang signifikan, Kawasan Berpotensi untuk Program Pembangunan Landskap , Keunikan Sosio-Budaya, Tapak Warisan (UNESCO / Warisan Negara / RAMSAR / Bernilai Sejarah), Mempunyai Keunikan dan Keistimewaan yang Tersendiri
    5 Isu Persekitaran untuk diatasi Banjir, Pencemaran, Penempatan Haram, Ruang terhad

    Landskap Perbandaran

    Program landskap perbandaran adalah satu pembangunan landskap yang dilaksanakan secara komprehensif di kawasan perbandaran bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi manfaat masyarakat bandar. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran hijau di kawasan bandar dan mengurangkan kesan pulau haba dan meningkatkan persekitaran bandar yang sesuai didiami. Skop projek pembangunan landskap perbandaran termasuklah penyediaan rangkaian jaluran hijau, kawasan lapang, ruang pejalan kaki, rizab landskap dan taman yang bersistematik di kawasan pembangunan.

    KRITERIA SPESIFIK PENILAIAN DAN PEMILIHAN LANDSKAP PERBANDARAN
    Bil Kriteria Keterangan
    1 Asas Pertimbangan Terdapat di dalam Pelan Induk Landskap (PIL), rancangan pemajuan fizikal di peringkat negeri, daerah dan tempatan atau sebagainya
    2 Kemudahsampaian Tapak masih kekal diwarta atau dirizab sebagai kawasan lapang.
    3 Potensi Landskap Tapak yang terdiri daripada kawasan yang mempunyai nilai warisan sejarah / budaya termasuk bangunan atau fasad bangunan yang unik perlu diberi pertimbangan sewajarnya dengan memperbaiki sistem ekologi bandar.
    Potensi landskap perbandaran juga adalah tertakluk kepada kualiti / identiti / karakter perbandaran yang tertentu di antaranya seperti Bandar DiRaja, Bandar Pelancongan, Bandar perindustrian, Bandar pertanian, Bandar Maritime dan sebagainya.

    Persekitaran Kehidupan

    Program Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan memberi tumpuan kepada penyediaan kawasan persekitaran yang kondusif khususnya di persekitaran kawasan kediaman dan pekan-pekan kecil melalui penyediaan kemudahan infrastruktur landskap yang optimum, indah, berfungsi dan efektif. Program ini terbukti berupaya meningkatkan kualiti persekitaran kehidupan dan kualiti hidup masyarakat melalui penyediaan kawasan landskap luar yang berfungsi dan penyatuan integrasi sosial. Komponen Projek Pembangunan Persekitaran Kehidupan disediakan berdasarkan kesesuaian tapak projek dan keperluan rekreasi masyarakat setempat.

    KRITERIA SPESIFIK PENILAIAN DAN PEMILIHAN PERSEKITARAN KEHIDUPAN
    Bil Kriteria Keterangan
    1 Kategori KEDIAMAN AWAM
    Perumahan Awam Kos Rendah & Sederhana, Kg. Tradisional & Kg. Tersusun
    INSTITUSI AWAM
    Institusi Kesihatan Awam Institusi Pendidikan Awam Institusi Kebajikan Awam
    BANDAR TEMPATAN / PEKAN KECIL
    Ruang awam / Ruang tumpuan , Kawasan Lingkaran Hijau, Kawasan Persisiran Air, Kawasan Bersejarah / Warisan, Kawasan Lapang / Hijau / Dataran
    KAWASAN SEMULAJADI
    Kawasan Sensitif Alam Sekitar, Kawasan Tanah Terganggu, Kawasan Warisan, Kawasan Pelancongan, Kawasan semulajadi yang unik.
    2 Keluasan Keluasan minimum 3 ekar.
    3 Kawasan Tumpuan Utama Tapak merupakan kawasan tumpuan utama (nodes) kawasan kediaman / institusi / Bandar Tempatan / pekan kecil / kawasan semulajadi serta berpotensi dihubungkan.
    4 Kaedah Pelaksanaan 1- Rekabentuk dan Perolehan PBT
    2- Rekabentuk JLN dan Perolehan PBT
    3- Rekabentuk dan Perolehan JLN
    5 Keutamaan Kawasan dicadangkan terdapat di dalam Pelan Induk Landskap (PIL), rancangan pemajuan fizikal di peringkat negeri, daerah dan tempatan atau sebagainya - layak diberikan keutamaan.
    6 Nilai Warisan Tapak yang terdiri daripada kawasan yang mempunyai nilai landskap warisan sejarah termasuk bangunan atau fasad bangunan yang unik perlu diberi pertimbangan sewajarnya.
    7 Landskap Semulajadi Tapak yang mempunyai karakter landskap yang unik terhasil daripada proses semulajadi.

    Taman Botani

    Taman Botani merupakan sebuah institusi yang mengumpul, menyimpan dan menyelenggara koleksi tumbuhan bagi tujuan penyelidikan saintifik, peragaan dan pendidikan. Secara prinsipnya, taman botani dibangunkan sebagai tempat untuk mendapatkan ketenangan, mencari jawapan kepada persolan saintifik alam tumbuhan, pusat kepada kajian perubatan alami dan kajian taksonomi tumbuhan. Taman botani memainkan peranan penting dalam penyebaran spesies tanaman bernilai ekonomi dan perubatan di seluruh dunia serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pendekatan pembangunan dan pengurusan taman botani adalah memulihara dan memelihara pokok-pokok sedia ada di tapak untuk tumbuh secara semulajadi dan melakukan penanaman spesies baru tumbuhan melalui kaedah pemuliharaan ex-situ berdasarkan konsep pembangunan yang bersesuaian dengan karakter, kualiti visual dan sumber semulajadi tapak.

    KRITERIA SPESIFIK PENILAIAN DAN PEMILIHAN TAMAN BOTANI
    Bil Kriteria Keterangan
    1 Saiz Keluasan melebihi 20 hektar (50 ekar).
    2 Kemudahsampaian Kemudahsampaian yang baik tanpa mengganggu lot-lot bersebelahan.
    3 Keunikan Merupakan kawasan yang mempunyai karakter dan keunikan tersendiri serta mampu menawarkan keperluan aktiviti rekreasi pasif seperti kawasan perkhemahan, perkelahan, denai serta aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.
    4 Risiko Bencana Lokasi tapak bukan di kawasan yang mempunyai risiko bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, hakisan dan mendapan tanah atau apa-apa jangkaan risiko yang boleh menjejaskan pelaksanaan projek serta impak selepas pelaksanaannya.
    5 Pelan / Laporan Rancangan Permajuan Tapak cadangan dinyatakan dalam Pelan Induk Landskap serta selari dengan pelan-pelan perancangan fizikal yang lain seperti Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Khas Kawasan (RKK) serta Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia (MKL).
    Tapak cadangan mempunyai pelan ukur yang lengkap, tepat serta terkini.

    Program Penyelenggaraan dan Pengurusan Risiko Pokok-Pokok di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Pelaksanaan program penyelenggaraan dan pengurusan risiko pokok-pokok di PBT adalah salah satu program yang melibatkan kerja-kerja pengumpulan data, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi pokok-pokok di bawah kawalan PBT. Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan inventori pokok, kerja-kerja penilaian risiko pokok dan penilaian ekonomi pokok bagi pokok-pokok yang telah diinventori, melaksanakan kerja-kerja perawatan bagi pokok bermasalah melalui pendekatan arborikultur dan membangunkan Pelan Pengurusan Risiko bagi pokok-pokok di bawah kawalan PBT.

    Kategori pokok yang terlibat adalah pokok yang mempunyai nilai istimewa yang mempunyai nilai karektor semulajadi dan estetika yang tinggi, pokok yang mempunyai nilai sejarah, tanaman kenamaan, pokok-pokok nadir yang ‘rare’ spesis, pokok-pokok endemic yang terdiri daripada spesies pokok yang hanya didapati tumbuh di tempat-tempat tertentu sahaja, pokok terancam yang spesisnya menghadapi masalah kepupusan dan lain-lain pokok yang mempunyai ukur lilit melebihi 0.8m, di mana ukur lilit (diameter) batang pokok diukur 0.5m dari permukaan aras tanah.

    Program Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Landskap

    Peruntukan untuk kerja-kerja yang melibatkan pembaikan, penggantian dan penyelenggaraan komponen landskap kejur dan lembut yang telah rosak serta tidak selamat untuk digunakan termasuk pembaikan padang untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.

    Malaysia In Bloom (MIB) > Pautan ke Malaysia In Bloom (MIB)

    Malaysia In Bloom (MIB) adalah penjenamaan semula program pembudayaan landskap. Sub program bagi MIB adalah program Rakan Taman, program pembudayaan landskap, program Jemari Hijau (Green Finger) dan Kebun Komuniti Bandar. MIB bertujuan untuk membudayakan kecintaan terhadap landskap dan persekitaran di peringkat yang lebih meluas di seluruh negara merangkumi semua peringkat masyarakat termasuk mengadakan kolaborasi program tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility) bersama badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).