DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK) terletak di Wilayah Persekutuan di dalam Zon Perancangan Penchala-Damansara. Tapak merupakan kawasan bekas ladang getah dan bukan kawasan hutan simpan kekal/rizab hutan. Kini ia berfungsi sebagai kawasan rekreasi oleh penduduk setempat. TPBK terdiri daripada Taman Lembah Kiara, Taman Bukit Kiara dan bekas ladang getah Kiara Estet. Tema pembangunan bagi TPBK ialah 'Park Arboretum'. Pendekatan rekabentuk taman yang diterapkan ialah memperbaiki ekosistem semulajadi tapak, memperbaiki infrastruktur taman, keseimbangan antara pengguna & taman, memperbaiki karakter semulajadi taman, menggalakkan program penghutnan semula Kiara, mengambilkira sensitiviti tapak & alam sekitar dan menjadikan TPBK sebagai taman awam bertaraf antarabangsa.
Taman Persekutuan/ Taman Wilayah/ Taman Negeri
Sedang dikemaskini
466.86 ekar
( 101.63183, 3.145862 )
: 03-8091 0500
: kpjln@jln.gov.my
: Sedang dikemaskini