Pihak Berkuasa Tempatan :
MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Keterangan Taman :
Taman Saujana merupakan kawasan rekreasi komuniti yang dibangunkan bagi menyokong objektif Program Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan, dengan fokus menyediakan persekitaran yang kondusif, selamat dan mesra penduduk. Pembangunan taman ini menekankan penyediaan kemudahan landskap yang berfungsi, indah serta mudah diakses oleh masyarakat setempat.
Selaras dengan pendekatan people-centered, taman ini diwujudkan untuk meningkatkan kualiti persekitaran kehidupan melalui penyediaan ruang riadah harian yang dapat menggalakkan aktiviti fizikal, interaksi sosial dan kesejahteraan komuniti. Kemudahan yang disediakan merangkumi laluan siar kaki, wakaf, tempat duduk, permainan kanak-kanak, peralatan senaman, tong sampah serta penanaman softscape bagi mencipta suasana yang hijau dan selesa.
Secara keseluruhan, Taman Saujana berfungsi sebagai ruang rekreasi kejiranan yang menyokong aktiviti santai dan gaya hidup sihat, serta memberikan nilai tambah kepada penduduk di kawasan Pontian.
Kategori Taman :
Waktu Operasi :
Keluasan Taman :
Koordinat Taman :
Kemudahan Taman
Media Sosial