MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Taman Mini Botani telah dibangunkan pada tahun 2012 di mana ianya menggunakan peruntukan sepenuhnya daripada peruntukan Majlis berjumlah RM 446,221.00 Keluasan tapak ini merangkumi 2.93 ekar. Lokasi tapak terletak di Jalan utama ke Bukit Indah dan berhampiran dengan Masjid Bukit Indah dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah dan tapak rezab balai polis. Tapak sedia ada masih digunakan oleh masyarakat setempat untuk beriadah di mana terdapatnya laluan jogging, alatan senaman dan alatan permainan kanak-kanak. Ianya juga dilengkapi dengan kemudahan gelanggang serbaguna, 3 buah wakaf dan lampu spot. Tanaman pelbagai spesis ditanam di kawasan ini terdiri dari pokok-pokok herba atau pokok kegunaan masakan harian yang terdapat dalam lebih kurang 100 spesis. Taman Mini Botani Bukit Indah berkonsepkan tanaman–tanaman herba dan kegunaan dapur (edible garden) yang diterapkan di dalam rekabentuk kawasan ini. Pokok-pokok buah-buahan juga ada ditanam di sini bagi mempelbagaikan spesis tanaman di Taman Mini Botani.
Taman Permainan/ Laman Permainan
Sedang dikemaskini
1.17 hektar
( 103.609025, 1.425205 )
: 03-42968000
: kemasyarakatan@mpaj.gov.my
: MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA - RASMI