Pihak Berkuasa Tempatan :
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Keterangan Taman :
Laman Rekreasi Tasek Tambahan terletak di Jalan Putra berhampiran Sekolah Rendah Agama Tasek Tambahan dan berhampiran dengan Jalan Hulu Langat. Tapak Rekreasi Tasek Tambahan merupakan kawasan riadah yang menjadi tumpuan masyarakat sekitar Ampang khususnya di sekitar Taman Tasek Tambahan, Taman Melur, Taman Saga dan Taman Bukit Teratai. Ia meliputi kawasan seluas 7.5 ekar dan menempatkan elemen rekreasi seperti taman permainan kanak-kanak, pentas utama, laluan berjoging, gelanggang takraw dan badminton, peralatan senaman, padang bola sepak, gelanggang futsal, trek kereta kawalan jauh serta kemudahan awam seperti tandas dan tempat letak kereta.
Kawasan lapang yang terletak di Jalan Putra, Taman Tasek Tambahan ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan kawasan riadah penduduk setempat agar masyarakat sekitar dapat menjalani kehidupan yang sejahtera dengan kesihatan mental dan fizikal yang baik.
Kewujudan gelanggang takraw dan badminton dapat memberi peluang kepada golongan belia terutamanya untuk memanfaatkan masa lapang dengan bersukan. Selain itu, peralatan permainan kanak-kanak yang disediakan menarik minat kanak-kanak bermain pada sebelah petang atau hujung minggu. Selain itu, terdapat penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan terutama penjualan makanan ringan bagi memenuhi permintaan pengunjung. Kunjungan anak-anak yang ditemani ibu bapa akan mewujudkan hubungan mesra dan sosial sesama jiran. Aktiviti seperti berjoging di laluan yang disediakan juga boleh dilaksanakan selain pentas utama yang diwujudkan untuk kegunaan sebarang aktiviti rasmi dan sosial.
Cadangan kawasan Tapak Rekreasi Tasek Tambahan telah dibina pada tahun 2013 dengan kos sebanyak RM 850,100.00 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 1 November 2013 hingga 23 Januari 2014. Tapak Rekreasi Tasik Tambahan telah siap sepenuhnya dan digunakan sejak 2014.
Pada tahun 2021, Laman Rekreasi Tasek Tambahan telah dibaik pulih dan di naik taraf sesuai dengan keperluan riadah masyarakat setempat dengan pelaksanaan pembangunana di bawah program Cadangan Pembangunan Healthy City Agenda Nasional Malaysia Sihat yang menggunakan peruntukan sebanyak lebih kurang RM500,000.00 daripada pihak I-Plan Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar, Desa Dan Wilayah Malaysia, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Kategori Taman :
Waktu Operasi :
Keluasan Taman :
Koordinat Taman :
Kemudahan Taman
Media Sosial
:
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA - RASMI